Posts Tagged ‘zaman kegelapan’

  • Life: Talk in English, Write in English and Successful Blogger

    2

    Its really hard to talk in English?

    Entahlah. Masa aku kecil dulu dan masuk darjah 1, aku rasa english adalah mata pelajaran yang sangat susah. Mungkin otak aku dah set begitu dan akibatnya sampailah ke UPSR, PMR dan SPM, semua result aku teruk-teruk belaka. UPSR aku dapat B untuk english. PMR aku dapat C untuk english. SPM aku dapat 7D untuk english. Dan ketika aku masuk UMS(Universiti Malaysia Sabah), nak tak nak aku terpaksa ambil dan belajar subjek bahasa english sebab wajib bagi sesiapa yang dapat band 2 dalam MUET. Kiranya macam syarat wajib untuk graduasi nantilah. Sesiapa yang band 3 dan ke atas, bebas untuk ambil bahasa lain seperti bahasa jerman, arab, perancis dan sebagainya. Dan alhamdulillah, ketika itu juga aku mengenali dunia buat duit diinternet dan juga dunia blogging. English aku lebih baik dan untuk 3 semester berturut-turut aku dapat A untuk subjek bahasa aku. Tak tahu macam mana aku boleh score, tapi memang english aku lebih baik berbanding zaman-zaman kegelapan aku dulu..

    Jadi, jika korang mahu buat duit diinternet, tak kiralah dengan e-bay, adsense, blogging atau macam mana cara sekalipun, bahasa english memainkan peranan penting. Jika tidak, memang sukar untuk korang pergi jauh jika bahasa-bahasa english yang mudah pun kita tak tahu. Teringat aku dulu, sebelah PC mesti ada kamus. Dah lusuh gila kamus tu sebab aku bawa gi mana-mana masa kat universiti dulu. Sekarang dah lain, dah boleh belajar melalui CD, video pembelajaran pun dah banyak, ada kursus gaya pos, leh belajar online, leh beli panduan belajar bahasa english dan macam-macam lagi. Zaman aku dulu, mana ada semua tu beb..

    Oleh itu, jika korang lemah bahasa english dan bebal sekalipun, ianya bukan lagi penghalang bagi aku biarpun aku akui kadang-kadang grammar dan penggunaan english aku memang hancur. Tapi korang tahu atau tidak, otai-otai blogger dan internet marketer malaysia pun pukul rata tidaklah power english ataupun dari pelajar TESL. Bagi mereka, bahasa english cumalah salah satu tool untuk jadi pemangkin mereka buat duit diinternet. Tak perlu aku sebut siapa, tapi mungkin ada sesetengah dari korang perasan siapakah yang aku bangkit itu. Hehe..

    Ps: Jangan jadikan kekurangan korang dalam bahasa english yang menghancurkan cita-cita korang untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya atau Blogger yang Tegar. Kita mesti ada semangat “Hidup Berani untuk Gagal” jika mahu lebih berjaya pada masa akan datang.

    Popularity: 55% [?]