How many times you get paid from TNX?
Setakat ini, sudah 39 kali aku terima bayaran dari program TNX. Yap, bukan satu jumlah yang sedikit dan sebab itu aku kekal buat duit dengan TNX. Bukan mahu mendabik dada, tapi ini antara program yang agak mudah sikit untuk cari duit sampingan melalui blog. Aku akui cukup sukar untuk buat duit melalui clickbank, e-bay dan beberapa program lain. Ini kerana aku belum mahir dengan program-program sebegitu dan lebih tepat aku katakan, aku kurang berminat dengan program sebegitu. Sebab terlalu banyak karenah yang perlu aku penuhi. Itu belum lagi cerita kurang enak yang aku dengar dari pemain malaysia tentang e-bay dan clickbank. Biarlah, janji aku buat cara aku.
Aku tak nak sentuh cara nak buat duit dengan TNX. Cuma mahu sentuh secara rambang sahaja. Program ini aku jumpa secara tak sengaja dan secara jujurnya, aku tak sangka sampai sejauh ini aku bersama dengan TNX. Dulu aku ingat program ini sama susahnya dengan TLA, tapi bila dah hampir setahun dengan TNX, aku dengan kuatnya mengatakan terdapat perbezaan yang ketara antara TNX dan TLA. Dan aku telah memilih untuk serius dengan TNX berbanding dengan TLA. Mungkin kerana TNX lebih senang sedikit berbanding dengan TLA. Tapi aku tetap akui yang mana kedua-duanya memang menjadi antara penyumbang terbaik untuk side income aku diinternet ini.
Jadi, kalau ada yang tanya aku mengapa aku pilih untuk fokus dengan TNX? Sebab ianya senang dan mudah untuk buat duit. Selagi kita faham dan mahir cara-caranya, selagi itulah kita rasa mudah. Jika korang rasa senang nak buat duit dengan TNX, ianya akan jadi mudah. Begitu juga dengan program yang lain. Tapi kalau korang rasa TNX ini susah, ianya akan jadi susah la. Betul tak? Semuanya bergantung pada mindset kita sendiri. Jadi, tak perlu salahkan orang lain pula kalau kita kurang berjaya. Bagi aku, kalau kita kurang berjaya, itu salah kita sendiri. Kita masih belum berusaha seperti orang lain yang dah berjaya.
Ps: Perjalanan untuk menjadi TNX Knight masih lagi awal. AKu yakin ramai yang akan berjaya.
Popularity: 15% [?]