Posts Tagged ‘tan sri vincent tan’

  • Life: Should i ban Facebook?

    2

    Or should i try Facebook?

    Jawapan itu dah ada pada korang. Aku yakin jika korang sudah ketagih bermain Farmville dan Mafia Wars. Korang mesti tak senang duduk setiap kali login akaun Facebook korang. Sejujurnya, ketika aku bermain dengan games-games sedemikian, memang membuatkan aku ketagih seketika. Tetapi aku pantas berubah kerana ianya tidak mendatangkan hasil dari segi pendapatan. Jadi, buat apa aku berhabis masa dan tenaga di games sebegitu, kan? Lebih baik aku tumpukan pada sesuatu yang mendatangkan hasil yang lumayan. Namun, aku mengaku, bermain games di Facebook dan aktif di Facebook memberikan aku sesuatu yang berbeza. Kini, aku menggunakan Facebook untuk pelbagai sebab yang berbeza. Tidak lagi hanya untuk bermain games sahaja.

    Jadi, ada antara korang yang sudah ketagih dengan Facebook? Senang aje nak tahu korang ketagih atau tidak. Kalau sehari korang resah dan gelisah bila tak dapat login akaun Facebook korang, atau tetiba pejabat block korang daripada masuk akaun Facebook, itu salah satu tandanya yang korang dah tak leh hidup tanpa Facebook. Siang malam mahu berfacebook aje. Nasihat aku, hati-hati. Jangan sampai ada yang berbunuh hanya kerana Facebook atau ada yang kena berhenti kerja sebab aktif dengan Facebook. Bukan tak boleh, tapi berpada-pada..

    Ps: Kewujudan Facebook merupakan salah satu keajaiban daripada 101 keajaiban di dunia. Google dan Google Adsense juga termasuk dalam golongan “miracles” ni..

    Popularity: 28% [?]