Posts Tagged ‘sukar’

  • Life: PTPTN and Bajet 2010

    0

    What do you think about Bajet 2010?

    Aku tidak punya banyak pendapat tentang Bajet 2010. Tapi hal tentang kereta itu, aku rasa agak sukar untuk dilaksanakan dan ternyata ianya telah ditarik balik oleh kerajaan. Satu langkah yang bagus sebelum barisan pembangkang menyapu bersih lagi beberapa negeri ekoran tindakan kerajaan yang membuatkan rakyat semakin bengang dan keliru.

    Aku akui kesukaran berlaku apabila kerajaan cuba membuat kerjanya dan rakyat pula mahukan sesuatu untuk kepentingan mereka. Bagi aku, kita mesti ada “give and take“. Tak sukar rasanya, bukan? Semuanya dari kita sahaja. Fikirkan tentang sesuatu. Apakah sumbangan kita pada kerajaan Malaysia? Pernahkah kita buat sesuatu untuk Tanah Air kita? Aku bukan memihak pada sesiapa. Tapi bagi aku, untuk mencipta satu keadilan untuk 2 pihak yang berbeza, ianya sukar. Keadilan sukar berlaku pada zaman ini dan sebab itu kita perlu bertolak ansur untuk memastikan negara kita dalam keadaan yang baik, harmoni dan tidak ada masalah besar dalam ekonomi.

    Hal tentang PTPTN. Memang cukup menyakitkan hati aku. Dulu aku bayar fee untuk 3%. Dan mulai 2010, fee untuk kos pentadbiran pula turun ke 1%. Dan berita baik dari Bajet 2010 pula, sesiapa yang dapat first class masa belajar kat Universiti, boleh tak perlu bayar duit ptptn yang kita pinjam tu. Itu sudah bagus, bukan? Jadi, kepada para pelajar. Sudah-sudahlah tu berjoli, baik korang belajar bersungguh-sungguh dan cuba untuk dapat first class dalam course masing-masing. Jadi, tak payah bayar hutang PTPTN tu. Senang, kan?

    Dan aku cukup benci orang yang tak nak bayar hutang. Korang tak kesian ke kat adik-adik korang yang nak belajar tu? Apa PTPTN nak bagi kalau diorang pun kesempitan? Berapa sen sangatlah keuntungan PTPTN daripada kos pentadbiran tu berbanding jumlah peratus yang membayar hutang tersebut? Kawan aku boleh gelak dan berbangga bila dia kata dia takkan bayar PTPTN. Ikut hati, mahu aje aku pelangkung mamat ni. Dia tak fikir ke duit yang sara hidup dia tu duit siapa? Sebab tu aku cukup anti dengan segelintir kawan aku yang berlagak baik, tak tinggal solat tapi bercakap besar, kutuk sana sini dan TAK BAYAR PTPTN walhal hujung minggu ada duit nak beli gadget dan belanja awek tengok wayang.  Entahlah, orang kita sekarang ni. Memang cakap tak serupa bikin. Bila kena denda dan masuk mahkamah, mulalah kata kerajaan tak nak tolong rakyat. Weh bengong! Sape yang mangkuk sebenarnya??? Duit beli rokok, boleh pula?? Beli make up mahal-mahal. Boleh pulak?? Beli kereta mahal-mahal, beli itu ini. Boleh plak? Bayar RM50 tiap-tiap bulan kat akaun PTPTN. Susah sangat ker??

    Ps: Satu lagi entri emosi dari aku. Kadang-kadang, kita perlu beremosi. Bukan takat emosi dengan tanah aje. Banyak lagi benda yang perlu bermain dengan emosi. Huhu..

    Popularity: 73% [?]

  • The Best Hosting You Should Choose

    0

    Its hard to win if you think about losing

    Jadi, aku harap aku tidak akan kalah dalam perlawanan yang tidak pasti itu. Walaupun aku tahu, ianya agak sukar, namun aku harap aku akan dapat sesuatu daripadanya. Aku tahu mungkin aku akan luka kembali. Tetapi ianya lebih bagus daripada aku kembali ke alam kejahatan.

    Lupakan sekejap tentang soal kekalahan itu. Pemilihan hosting. Aku rasa aku perlu memilihnya dengan lebih teliti selepas ini. Jika tidak, ianya pasti akan memberikan aku kebosanan dan keperitan ketika mengendalikan semua domain dan hosting. Mungkin aku patut buat syarikat hosting sendiri untuk kegunaan individu. Mungkin. Ya. Mungkin.

    So, which one the best hosting you should choose?

    1. Netkl
    2. Onebytes
    3. Datakl
    4. Hostgator
    5. Hostmonster
    6. Exebytes
    7. Fivio
    8. Baitulbytes

    Which one? Most of that list, i already try. Some of that hosting really good and provide great support. But having too many hosting will make us losing our focus and we will make our target not show us good result. How to change it?

    Ps: Its hard to change our heart. But once it change, it will go on crazy mode..

    Popularity: 10% [?]