Aku penat..
Agak penat dalam tempoh beberapa hari ini. Kadang-kadang, aku rasa macam tak cukup sahaja 24 jam ini. Tapi aku rasa macam terlebih pula bila aku merasakan waktu berjalan terlalu lambat. Mungkin itu kesan psikologi yang sedang berlaku dalam otak kiri dan kanan aku. Jadi, sukar aku untuk tentukan ianya benar atau fantasi sahaja.
Semalam, aku pening kepala. Telan panadol 2 bijik. Lega sikit dan boleh keluar lepak dengan kawan. Balik rumah, badan terasa berat sekali. Sekali baring di katil. Pukul 3 pagi baru bangun. Sambung balik. Pukul 6 pagi baru bangun. Subuh. Tidur balik. Pukul 9 pagi baru bangun. Ohh..indahnya hari cuti..
Ps: Life is crazy. Only for people who love to work.
Popularity: 9% [?]