Twitter, oh Twitter..
Sekarang, banyak betul program atau website yang wujud hasil tempias daripada kewujudan Twitter. Tak salah aku katakan mereka cuba ambil kesempatan untuk buat duit dengan Twitter dan aku tidak nampak kesalahan dengan berbuat demikian. Kalau tak, program seperti Twittad, Sponsored Tweets, Ad.ly dan Churpchurp takkan muncul sehinggalah ke saat ini. Aku yakin lebih banyak program sebegini akan muncul.

Ok. Kalau korang nak tahu berapa jumlah Twitter follower yang korang ada dan ingin show-off kat pembaca blog korang dan mungkin akan menarik perhatian advertiser untuk beriklan diblog korang, korang leh gunakan button dari Twittercounter.com. Ini antara website yang terawal menawarkan service based on Twitter API sejak Twitter mula-mula bertapak di dunia internet ni. Jadi, korang leh gunakan kalau mahu.
Oh ya. Jangan lupa add aku dalam Twitter korang. Itupun kalau korang lom lagi buat demikian. Nanti aku follow balik korang. Aku pun tengah cuba nak naikkan jumlah Twitter follower aku ke angka 1000 follower sebelum kita masuk ke tahun 2010. Ada banyak projek yang menunggu untuk tahun depan. Hoho..
Popularity: 19% [?]
