Archive for the ‘Learn English and Inggeris’ Category

  • Who read Manga Online at Onemanga.com?

    1

    Did you ever read any manga at Onemanga.com?

    Aku rasa mesti ramai antara korang adalah peminat kartun dan manga. Mesti ada antara korang yang selalu mengikut perkembangan manga-manga seperti Naruto, Bleach, Onepiece, Bakuman dan manga-manga yang lain. Banyak dah manga yang aku baca. Sehingga Eye Shield 21 tamat chapternya pun aku baca. Aku rasa ramai gila otaku kat Malaysia nih. Kalau aku ni orang kata Otaku, aku rasa ramai lagi orang lagi high level diorang punya otaku. Aku akui aku sangat minat benda-benda nih semua. Tapi tak adalah 24 jam aku melantak layan benda ni. Aku masih lelaki normal. Benda ni lebih kepada bahan bacaan sahaja dan banyak benda yang aku boleh belajar dengan membaca manga online. Selain aku dapat baca lebih cepat berbanding manga di Kreko dan Arena Komik, aku rasa penggunaan bahasa english aku lebih baik berbanding dulu. Jika dulu, nak cakap english pun takut-takut. Tapi Alhamdulillah. Berani gak la sikit nak speaking dengan orang putih. Hehe..

    Port baik untuk baca manga online. Aku jumpa 2 tempat. Satu kat Onemanga dan satu lagi leh baca kat Narutocentral. Kalau kat narutocentral, khas untuk EyeShield, Fairy Tail dengan Naruto aje. Tapi kalau kat Onemanga, macam-macam ada. Memang berbaloi-baloi la..

    Ps: Korang terfikir tak, senang tak nak jadi penulis dan pelukis manga ni? Gaji diorang banyak tau. Tu pasal beribu-ribu mangaka wujud kat Jepun tu. Kat Malaysia ni, berapa kerat ajela..

    Popularity: 24% [?]

  • Life: Talk in English, Write in English and Successful Blogger

    2

    Its really hard to talk in English?

    Entahlah. Masa aku kecil dulu dan masuk darjah 1, aku rasa english adalah mata pelajaran yang sangat susah. Mungkin otak aku dah set begitu dan akibatnya sampailah ke UPSR, PMR dan SPM, semua result aku teruk-teruk belaka. UPSR aku dapat B untuk english. PMR aku dapat C untuk english. SPM aku dapat 7D untuk english. Dan ketika aku masuk UMS(Universiti Malaysia Sabah), nak tak nak aku terpaksa ambil dan belajar subjek bahasa english sebab wajib bagi sesiapa yang dapat band 2 dalam MUET. Kiranya macam syarat wajib untuk graduasi nantilah. Sesiapa yang band 3 dan ke atas, bebas untuk ambil bahasa lain seperti bahasa jerman, arab, perancis dan sebagainya. Dan alhamdulillah, ketika itu juga aku mengenali dunia buat duit diinternet dan juga dunia blogging. English aku lebih baik dan untuk 3 semester berturut-turut aku dapat A untuk subjek bahasa aku. Tak tahu macam mana aku boleh score, tapi memang english aku lebih baik berbanding zaman-zaman kegelapan aku dulu..

    Jadi, jika korang mahu buat duit diinternet, tak kiralah dengan e-bay, adsense, blogging atau macam mana cara sekalipun, bahasa english memainkan peranan penting. Jika tidak, memang sukar untuk korang pergi jauh jika bahasa-bahasa english yang mudah pun kita tak tahu. Teringat aku dulu, sebelah PC mesti ada kamus. Dah lusuh gila kamus tu sebab aku bawa gi mana-mana masa kat universiti dulu. Sekarang dah lain, dah boleh belajar melalui CD, video pembelajaran pun dah banyak, ada kursus gaya pos, leh belajar online, leh beli panduan belajar bahasa english dan macam-macam lagi. Zaman aku dulu, mana ada semua tu beb..

    Oleh itu, jika korang lemah bahasa english dan bebal sekalipun, ianya bukan lagi penghalang bagi aku biarpun aku akui kadang-kadang grammar dan penggunaan english aku memang hancur. Tapi korang tahu atau tidak, otai-otai blogger dan internet marketer malaysia pun pukul rata tidaklah power english ataupun dari pelajar TESL. Bagi mereka, bahasa english cumalah salah satu tool untuk jadi pemangkin mereka buat duit diinternet. Tak perlu aku sebut siapa, tapi mungkin ada sesetengah dari korang perasan siapakah yang aku bangkit itu. Hehe..

    Ps: Jangan jadikan kekurangan korang dalam bahasa english yang menghancurkan cita-cita korang untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya atau Blogger yang Tegar. Kita mesti ada semangat “Hidup Berani untuk Gagal” jika mahu lebih berjaya pada masa akan datang.

    Popularity: 40% [?]