How to hack Friendster Private Photos?
Did you know any alternative to hack friendster private photos?
Haha. Ini satu lagi kegilaan orang melayu dan ramai orang yang mencintai friendster. Sekarang, cukup ramai orang yang mencari idea untuk menceroboh atau hack friendster private photos. Kalau tak dapat yang tu, dapat hack friendster private profiles pun dah kira hebat. Aku tak nafikan dulu pun aku ada niat untuk cari cara untuk hack friendster. Ada jumpa beberapa cara. Dulu memang boleh lepas, tapi sekarang, aku tak rasa ramai yang berjaya buat demikian. Aku tahu ada cracker dan hacker yang tahu caranya. Tapi biasanya diorang ni senyap-senyap aje. Ada yang kena install macam-macam software dekat Firefox, Greasemonkey, Facebook freezer, Winzix dan macam-macam lagi untuk hack account friendster. Dan yang pasti, semuanya dah tak berkesan.
Mengapa diorang nak juga hack friendster private photos? Setiap orang ada reason yang tersendiri. Ada yang nak tengok gambar awek diorang. Takkan tak pelik. Tetiba awek korang ada gambar private. Korang sebagai boyfriend terhebat tak boleh bagi tengok. Bila mintak bagi lepas tengok gambar private tu, awek tak bagi. Mana boyfriend tak hangin satu badan? Itu pasallah ada gak bebudak ni clash sebab benda-benda cam gini. Dulu, memang seronok ada akaun friendster ni. Edit profile, edit colur sana sini, letak gambar, letak video dan memacam lagi. Tapi sekarang, aku dah cukup bosan dengan Friendster. Aku biarkan akaun Friendster aku begitu sahaja. Kalau ada masa, aku login. Tengok ada mesej dari member-member ke tak. Biasanya dalam 1 minggu, ada sekali la aku login. Kalau tak, jangan harap la.. Mungkin semua ini disebabkan oleh pengaruh Facebook yang bermaharajalela. Sampai banyak handphone kat Malaysia ni dah leh online terus ke Facebook. Fuhh.. dah jadi satu trend sekarang. Itu belum lagi twitter. Lepas ni, mesti banyak cerita pasal how to hack facebook account dan how to hack twitter account.
Jadi, ada sesapa yang antara korang sampai ke page ini sebab nak cari tips untuk hack friendster private photos? Lupa-lupakan ajelah. Memang susah nak dapat caranya. Kalau ada, takkannya diberitahunya kat kita.
Ps: Human always seek for mistake.
Popularity: 17% [?]
Recent Comments





