Awsurveys. We can believe this site again or not?

Secara jujur, aku sudah cukup bengang dengan program ini. Sudah lebih 7 atau 8 kali request aku ditolak mentah-mentah apabila aku cuba untuk buat withdrawal. Ternyata, memang diorang ketat gila dan aku tak tahu apa lagi syarat yang diorang mahu bagi melayakkan aku untuk terima komisen dari program Awsurveys. Aku akui, memang banyak yang buat fraud, menipu dan sebagainya. Tapi bagi orang yang dah promosi benda ni menghampiri 2 tahun ni, takkan 8 kali kena tolak macam itu sahaja. Sapa-sapa pun sakit hati. Bila aku tanya, ada fraud, ada orang tak jawab survey dan sebagainya. Ini membuatkan aku terpaksa menerima hakikat bahawa program ini sudah tidak semudah yang aku sangka.

Aku tidak putus asa dan sekarang, aku dah ada dekat 50usd. Perlukan 25usd sahaja lagi untuk request payout. Kalau dia wat lawa basi lagi. Itulah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal kepada program keramat tersebut. Aku bukan nak sangat komisen tu, tapi usaha yang aku lakukan nampak sangat tidak berbaloi-baloi.

Jadi, terpulang samada korang nak join atau tidak program Awsurveys ini. Risiko tanggung sendiri dan jangan lupa baca peraturan dan terma program itu untuk lebih “memahami” bagaimana program ini berjalan..

Popularity: 3% [?]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree