Text Link Ads or TLA. Did you think that program was good?
Samada ianya satu program yang bagus atau tidak. Ianya bergantung pada penggunanya iaitu golongan publisher, golongan advertiser dan pihak TLA sendiri. Aku melihat bahawa satu fenomena berlaku di Malaysia. Ketika satu otai mempromosikan program Google Adsense. Semua orang akan ikut promosikan dan buat duit dengan Adsense. Jika ada satu otai lagi promosikan TNX, kebanyakkan orang akan alert dan terikut untuk buat duit dengan TNX juga. Begitu juga halnya dengan Clickbank dan program-program lain. Tapi, lain situasinya dengan program Text Link Ads atau kita kenalinya sebagai TLA. Tak ramai orang kita yang berjaya dengan baik di TLA dan aku juga antara yang kurang berjaya walaupun aku kekal mendapat bayaran setiap bulan. Aku inginkan lebih tapi program ini terlalu ketat berbanding program-program lain. Namun, sekali kita dah diterima oleh advertiser, peluang untuk dapat income dari TLA setiap bulan adalah sangat cerah. Sebab itu, aku masih tak putus asa dengan TLA dan atas sebab itu juga aku kekal bersama TLA selama 3 tahun. Tahun 2010 merupakan tahun ke 4 aku bersama dengan TLA. Lama gila tu. Tapi aku kenal Adsense lagi lama. 5 tahun rasanya. Hoho..

Ini adalah bayaran TLA untuk bulan November yang lepas. Tak banyak. Sikit aje rasanya. Tapi aku bersyukur yang aku masih menerima bayaran dari program Text Link Ads. Aku dah tak kira berapa kali aku dapat bayaran dari program ini. Tapi dah berbelas-belas kali rasanya. Dah nak masuk puluhan kali barangkali. Susah sangat ke nak buat duit dengan TLA ni? Aku tak pasti. Modus operandinya lebih kurang sama sahaja dengan TNX dan program-program jual beli link yang lain. Apa yang penting dengan TLA sebelum korang submit blog, pastikan korang mempunyai blog PR2 dan PR3 dan memiliki alexa rank yang sangat mantap. Insya-Allah, blog-blog jenis kualiti begitu akan diluluskan oleh pihak TLA tanpa ragu-ragu dan aku juga yakin korang akan dapat mendapat sedikit imbuhan dari blog-blog korang tu.
Boleh belajar lebih tentang TLA di sini: Text Link Ads Official website
Popularity: 16% [?]



