New Year and last year..
Aku tahu esok bakal tahun baru. Aku tahu hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2009. Kita takkan jumpa tarikh 31/12/2009 pada masa akan datang melainkan ada orang yang berjaya mencipta mesin merentas masa macam dalam cerita doraemon dan nobita tu. Aku tahu ada banyak perkara yang masih tak dicapai. Impian dan cita-cita aku ringkas sahaja. Menunaikan impian dan cita-cita aku pada tahun yang sudah-sudah. Pendek kata, kita renew semula impian dan cita-cita tu. Azam tu adalah nama lain bagi niat. Jadi, kita usahakanlah seadanya dan semampu yang kita boleh.
Banyak gak impian kecil yang telah aku capai. Banyak juga impian yang lain belum tercapai. Tapi aku harap semuanya akan tercapai pada satu hari nanti. Insya-Allah.
Ps: Esok tahun baru. Hari jumaat. Semoga aku kekal sihat sentiasa walaupun sekarang tengah pening gila..
Popularity: 16% [?]
