Buat duit dengan TNX? Bagaimana?

Baik. Aku tahu ini antara perkara asas yang perlu korang tahu sebelum menyertai apa-apa program. Mahu tak mahu, korang mesti tahu pengetahuan atau informasi tentang sesebuah program. Jika program TNX, nak tak nak, korang kene tahu apa itu program TNX dan bagaimana program ini berjalan. Sejujurnya, korang boleh tahu dari website rasmi TNX sendiri iaitu (http://www.tnx.net). Ianya percuma tetapi ianya dalam bahasa english. Aku tak rasa ianya sukar untuk difahami sedangkan aku yang lemah english ini masih boleh memahami, apatah lagi korang yang lulusan MRSM, lulusan kolej ternama dan lulusan IPTA/IPTS. Jadi, jangan jadikan alasan bahasa untuk tidak berjaya buat duit dengan TNX. Jika aku boleh, korang pun boleh. Semuanya bergantung pada korang. Nak atau tak nak sahaja.

tnxOk. Apa itu TNX? Dalam bahasa yang mudah difahami, TNX bertindak sebagai orang tengah yang menguruskan penjualan dan pembelian link yang berlaku antara pihak publisher dan advertiser. Jadi, pihak publisherlah yang boleh buat duit dengan TNX. Pihak advertiser pula yang akan mengiklankan iklan/ads diblog kita. Tapi yang menguruskan semua ini adalah pihak TNX. Mereka yang akan menguruskannya dan penjualan link berlaku secara automatik. Pihak TNX yang akan menguruskan dan kita cuma buat beberapa perkara sahaja. Apa dia beberapa perkara tersebut..

1. Buat blog
2. ambil code tnx dan pastekan ke blog kita
3. update blog dan kumpul point tnx
4. cukup point, kita boleh request payout
5. dalam tempoh 1-3 hari, kita akan dapat bayaran di akaun paypal
6. dah boleh berjoli dengan duit tu..

Itulah ringkasannya. Tak susah dan tak juga mudah. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan sebab itulah muncul panduan Tnx yang aku tulis dengan susah payah hasil pengalaman setahun bersama TNX. Mungkin ianya membantu korang dan mungkin juga ianya tidak membantu. Bergantung pada tahap pemahaman korang. Setiap orang ada tahap pemahaman dan pemikiran yang berbeza. Ada orang dapat tangkap 80% daripada isi kandungan panduan itu, ada orang 100%, ada orang cuma 30%. Ianya berbeza. Tapi aku yakin bahawa panduan ini sangat membantu. Lebih-lebih lagi jika korang mahu buat duit dengan Tnx.

Jadi, apapun. Kuasailah dulu pengetahuan asas tentang TNX. Boleh search di google jika mahu tahu lebih tentang Tnx. Boleh juga beli panduan aku tersebut. Boleh juga tanya kawan-kawan yang lain. Takda paksaan. Semua keputusan terpulang pada kebijaksanaan korang.

Boleh tahu lebih lanjut tentang Tnx di sini: TNX (http://www.tnx.net)

Popularity: 12% [?]

2 Responses to Make Money with TNX

  1. Adney says:

    InsyaAllah, tahun 2010 ni aku akan mule berjinak2 dengan TNX pulak..

  2. earnword says:

    Mudah-mudahan tahun 2010 ini akan membuka pintu rezeki buat semua umat Islam di Malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree