Knight of TNX
Knight of TNX? Its exist?
Apa itu TNX? Aku rasa ramai yang mungkin tak tahu dengan program sebegini. Tak aku nafikan yang ramai yang mengatakan program ini tak boleh nak cari makan. Yelah, potensi untuk dapat duit pun cumalah 10 hingga 50usd sebulan. Nak dapat lebih dari tu, memang sangaplah dibuatnya. Kerja kena lebih dan macam-macam lagi. Berbanding dengan program macam Google Adsense, GDI, Vemma, Jual Ebook, Servis Design dan sebagainya. Tak jahat juga aku katakan bahawa income TNX tidaklah sekencang mana berbanding program sedemikian.

Tetapi, dari TNXlah aku dapat buat macam-macam. Projek TNX yang sedang aku usahakan merupakan serpihan daripada Cincai Blogging yang sedang aku buat. Ianya membuahkan hasil dan dengan itu terhasillah satu panduan premium dari aku iaitu Panduan TNX 2.0. Sejujurnya, panduan TNX 1.0 telah lama keluar di pasaran lokal. Cuma tidak mendapat sambutan kerana kurangnya promosi dan aku sendiri tidak mempromosinya dengan secara menyeluruh. Mengapa aku tidak melakukan cross JV? Ajak IM dan Blogger-blogger hebat untuk mempromosikan panduan tersebut? Aku tak perlukan itu semua. Produk ini bukannya seperti produk murahan yang lain. Harga juga ekslusif iaitu RM47.00. Takkan dikurangkan tapi mungkin dinaikkan. Harganya terlalu rendah berbanding usaha dan kerja yang aku lakukan. Malah, potensi pendapatan yang korang dapat lebih dari RM47 itu. Korang boleh dapat lebih dari RM50 setiap bulan jika korang buat apa apa yang sepatutnya dan apa yang ditulis dalam panduan itu. Aku tidak menjanjikan bahawa korang boleh jadi jutawan, tetapi panduan ini akan membantu korang buat duit sampingan di internet.
Jadi, TNX ni haprak atau program poyo. Aku tak tahu. Mungkin korang punya pandangan yang berbeza. Aku hormati pandangan dan kritikan korang. Bagi aku, TNX antara perangsang aku untuk terus dalam dunia blogging sehingga ke hari ini. Aku sudah lupakan pengalaman pahit bersama dengan Panduan RajaPayloadz. Jadi, aku harap TNX antara penyumbang utama aku untuk masa yang akan datang. Panduan TNX terhasil daripada pelbagai keadaan. Dan aku harap panduan ini akan melahirkan 100 orang TNX Super Knight dalam masa 2 tahun dan dalam masa yang sama mampu buat duit dengan TNX. Insya-Allah..
Ps: Kadang-kadang, dugaan datang tanpa kita sedar. Tapi percayalah, peluang dan rezeki juga datang dalam bentuk yang berbeza dan masa yang tepat.
Popularity: 3% [?]
Recent Comments





