How to make money with Google Adsense?
Aku rasa sudah ramai orang kita yang buat duit dengan adsense. Tak kurang juga ada yang setiap bulan menerima bayaran daripada program ini. Dah macam dapat gaji bulanan dari program sebegini. Jadi, apa yang korang nampak dengan program Google Adsense? Aku lihat ianya sudah jadi satu fenomena biasa berbanding 5-6 tahun lepas. Aku akui ianya menjadi semakin panas dari hari ke hari dan penerimaan orang kita terhadap Google Adsense semakin baik. Aku harap industri buat duit di internet ini akan menjadi satu industri yang baik untuk orang kita. Dan aku harap agar orang kita sentiasa berhati-hati ketika membuat duit dari program ini.
Semua orang tahu yang ramai orang kita yang pernah kena ban dari program ini. Aku juga mempunyai pengalaman tersebut. Tapi biarlah, mungkin aku tak ada rezeki yang panjang dengan adsense. Mungkin aku boleh buat duit dengan cara lain yang lebih baik dan mampu memberikan aku pulangan yang lebih lumayan. Apapun, aku tidak menghalang korang untuk buat duit dari program sebegini. Cuma, sentiasa berhati-hati dan jangan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu program termasuklah program Google Adsense. Biarlah kita bermula dengan perlahan, tetapi income kita tidak putus setiap bulan.
Ps: Susah untuk buat duit dengan Google Adsense? Aku tak rasa begitu. Semuanya terpulang dari diri sendiri. Aku pernah dan masih buat duit dengan program ini. Teringat ketika aku dapat cek hijau dari pakcik G. Memang seronok gila ketika itu. Terus belanja awek lepas cek hijau tu selamat dalam akaun bank aku masa tu..
Popularity: 29% [?]



