Life: Satu Dollar dan Kegembiraan
Best sangat ker buat duit dengan TNX ni? Ajar aku sikit. Aku nak buat duit gak wehh..
Jika korang ada kawan yang bertanyakan hal sebegitu, apa perasaan korang? Gembira tanpa batasan? Geram? Ntahlah. Aku tak dapat nak gambarkan dengan perkataan. Semua perasaan ada. Tapi aku ianya sukar dan aku berterus-terang dengan kawan aku. Sukar untuk buat duit. Sama konsepnya seperti kita hendak menjual di pasar malam. Sukar. Tapi bila kita sudah pelajari selok-belok bagi sesebuah program buat duit, perniagaan, dan apa sekalipun walaupun cuma jual ais krim di pasar malam, ianya akan jadi lebih mudah. Betul tak?
Alhamdulillah. Begitu juga ketika aku bersama dengan TNX. Jualan Panduan TNX aku agak memberangsangkan dan aku bersyukur sebab ada yang berminat dengan panduan tersebut. Walaupun tidaklah sampai beratus yang membeli tapi aku tahu ianya akan membuka mata rakan-rakan blogger yang lain untuk buat duit dengan TNX. TNX tak sukar. Cuma yang sukar, adalah diri dan hati kita. Bila kita mahu mencuba dan apa tindakan kita. Pendek kata, tepuk dada. Tanya selera..
Ps: Teringat ketika aku mula buat duit di internet. Dapat satu dollar. Hati aku melonjak kegembiraan. Huhu..
Popularity: 4% [?]
Recent Comments





